Senarai Tugas JK PPG:

A.    SENARAI TUGAS PENYELARAS PPG

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah IPG bagi memastikan Program Pensiswazahan Guru (PPG) berjalan dengan lancar.
  • Menjalankan tugas-tugas penyelarasan  yang berkaitan dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.
  • Mengenalpasti bidang pengajian PPG (major, elektif 1 dan elektif 2) di IPG masing-masing.
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan PPG di peringkat IPG masing–masing mengikut keperluan.
  • Memberikan taklimat kepada Penyelaras Mata Pelajaran dan Ketua Jabatan berhubung pelaksanaan program, pemilihan  pensyarah mata pelajaran dan agihan jam interaksi.
  • Menyediakan laporan PPG untuk dihantar kepada IPGM tentang:
  • Data dan maklumat peserta program setiap bidang pengkhususan.
  • Bilangan unit untuk setiap bidang pengkhususan.
  • Jumlah jam kuliah yang perlu dijalankan bagi setiap matapelajaran.
  • Bilangan kelas dan tenaga pengajar yang diperlukan.
  • Maklumat prestasi peserta PPG.
  • Isu-isu pelaksanaan PPG (Contoh: penangguhan / berhenti / kewangan / disiplin / kemudahan prasarana).
  • Membantu KULDP menyediakan anggaran perbelanjaan dan pembelian bahan-bahan pengajaran untuk program daripada Ketua Jabatan mata pelajaran berkaitan.
  • Membantu Jabatan Hal Ehwal Pelajar di IPG masing-masing dalam merancang dan melaksanakan Program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu mengikut struktur IPGM. Di antara aktiviti dalam proses pengurusan pendaftaran pelajar.
  • Membantu KU Peperiksaan untuk memastikan:
  • soalan kerja kursus diterima dan diedarkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • mengumpul dan menyemak hasil kerja kursus.
  • Mengumpul hasil kerja kursus.
  • Memeriksa kerja kursus, edaran soalan  pemeriksaan dan pengawasan kerja kursus serta kertas peperiksaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Membantu KU Praktikum untuk menyelaras hal-hal yang berhubung dengan praktikum peserta PPG.
  • Mengumpul dan menyerahkan borang tuntutan pensyarah luar  yang telah disemak.
  • Menyelaras jadual waktu interaksi peringkat IPG masing-masing.

B.    TUGAS JABATAN HAL  EHWAL PELAJAR IPG

        [ Surat Rujukan: KP(IPG)8585/600/1/14(6) ]

a)    Sebelum sesi pengajian

  • Menerima senarai nama peserta yang akan mengikuti kursus pada tarikh yang ditetapkan.
  • Melantik Tutor kumpulan.
  • Menyimpan data dan rekod peserta semasa menghadiri program PPG.
  • Berurusan dengan Penyelaras PPG berkaitan perkara berikut:
  • Surat tawaran mengikuti PPG.
  • Pendaftaran peserta PPG di IPG.
  • Rekod peserta semasa mengikuti PPG.
  • Pendaftaran kursus dalam bidang pengajian berkaitan.
  • Minggu pengurusan di IPG.
  • Peraturan IPG untuk peserta PPG.
  • Borang Perjanjian.
  • Mengurus Pengurusan Pendaftaran Pelajar.
  • Membantu mentor menguruskan borang perjanjian sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

b)    Semasa sesi pengajian

  • Mengemaskini data pelajar PPG dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan Surat Tawaran Belajar dan menghantar kepada penyelaras PPG untuk diagihkan kepada pelajar.
  • Mewakili IPG dalam hal ehwal kebajikan peserta program.
  • Memastikan peserta program mengikuti peraturan IPG yang telah ditetapkan semasa mengikuti program di IPG.
  • Memanjangkan dokumen pertukaran pusat, opsyen dan kes-kes berhenti ke IPGM.
  • Melaksanakan prosedur tindakan tatatertib dan laporan dihantar ke IPGM.
  • Menganalisa dan memastikan kehadiran peserta PPG memenuhi syarat menduduki peperiksaan.

C.    TUGAS KETUA JABATAN/KETUA UNIT

  • Ketua Jabatan/KU Gerko yang berkaitan memastikan tenaga pengajar mempunyai kelayakan akademik dan berpengalaman bagi matapelajaran yang berkaitan.
  • Memahami struktur kurikulum yang dilaksanakan dalam PPG.
  • Memastikan PPG dapat dilaksanakan mengikut struktur kurikulum yang telah ditetapkan.
  • Memastikan jam interaksi bagi matapelajaran yang berkaitan mencukupi untuk setiap semester/peringkat.
  • Memastikan kuliah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Ketua Jabatan mata pelajaran berkaitan/KU Gerko mengemukakan senarai nama tenaga pengajar yang terlibat menggubal soalan, memoderasi serta memeriksa kerja kursus dan kertas peperiksaan.
  • Mengumpul dan menyerahkan markah kerja kursus dan peperiksaan kepada KU Peperiksaan.
  • Memastikan penyediaan dokumentasi bagi tujuan MQA mengikut jabatan.
  • KUKP mengeluarkan surat lantikan kepada staf sokongan yang terlibat pada hari interaksi kuliah.
  • KUKP memastikan staf sokongan bertugas pada hari berkenaan.
  • KU Praktikum menyelaraskan hal-hal yang berkaitan praktikum.

D.    TUGAS KETUA UNIT PEPERIKSAAN IPG      

  • Memastikan kehadiran peserta PPG mencukupi sebelum dibenarkan untuk menghadiri peperiksaan.
  • Menerima soalan dan Panduan Memberi Markah (PMM) kerja kursus/peperiksaan bagi matapelajaran yang ditawarkan di IPG masing-masing sebelum diserahkan kepada penyelaras PPG.
  • Menerima dan menyelaras soalan kerja kursus/peperiksaan mengikut matapelajaran dan bilangan yang mencukupi untuk IPG masing-masing.
  • Memastikan markah peperiksaan dan markah kerja kursus dapat dihantar mengikut jadual.
  • Menerima cadangan nama tenaga pengajar daripada Ketua Jabatan yang berkenaan untuk dicalonkan sebagai pengawas peperiksaan dan pemeriksa kertas peperiksaan.
  • Menyediakan maklumat dan data tentang keputusan kerja kursus dan peperiksaan bersama dengan penyelaras dan Ketua Jabatan bagi matapelajaran yang ditawarkan oleh IPG.

E.    TUGAS PENSYARAH /TENAGA PENGAJAR PPG

  • Menyampaikan kuliah berdasarkan jam interaksi  yang ditetapkan oleh penyelaras mata pelajaran berpandukan jadual waktu.
  • Melaksanakan P&P berdasarkan sukatan pelajaran dan garis panduan daripada Ketua Jabatan bagi mata pelajaran yang berkaitan.
  • Menyediakan soalan kerja kursus/peperiksaan sekiranya diminta oleh Unit Peperiksaan & Penilaian IPGM.
  • Menjawab semua persoalan atau pertanyaan yang dikemukakan oleh peserta PPG bagi mata pelajaran yang terbabit melalui sistem yang disediakan (On Line Learning-OLL).
  • Menyemak dan membuat penilaian berdasarkan soalan kerja kursus  mengikut mata pelajaran yang diajar.
  • Membimbing peserta PPG bagi menyediakan dan menyempurnakan tugasan berdasarkan mata pelajaran yang diajar.
  • Membantu Penyelaras PPG dan Penyelaras Mata Pelajaran menguruskan penilaian bersama KU Peperiksaan seperti yang ditetapkan dalam plan tindakan pelaksanaan program.
  • Menguruskan peperiksaan akhir semester bersama dengan  Penyelaras PPG, Penyelaras Mata Pelajaran dan KU Peperiksaan IPG seperti yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan & Penilaian IPGM.
  • Memeriksa dan menilai hasil kerja kursus peserta PPG mengikut mata pelajaran yang diajar dan memasukkan markah ke dalam sistem yang disediakan.
  • Memeriksa skrip jawapan peperiksaan akhir semester.
  • Membantu Penyelaras Mata Pelajaran dalam aspek-aspek yang diperlukan dan difikirkan sesuai yang ada kaitan dengan mata pelajaran  berkenaan dari semasa ke semasa.

F.    TUGAS PENYELARAS BIDANG/MATA PELAJARAN

  • Membantu  Ketua Jabatan mengenal pasti pensyarah bagi matapelajaran yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh MQA.
  • Menentukan jam interaksi bagi setiap pensyarah yang mengajar matapelajaran di bawah kelolaan penyelaras berkenaan.
  • Menyerahkan agihan jam interaksi  pensyarah kepada  Penyelaras Jadual Waktu Institut sekurang-kurangnya  2 minggu  sebelum kuliah bermula.
  • Melaksanakan interaksi pengajaran pembelajaran dengan cara:
    • Bersemuka.
    • Modul.
    • AtasTalian (OLL).
  • Memastikan pelaksanaan P&P akademik bagi mata pelajaran yang diselaraskan  mengikut struktur yang ditetapkan oleh IPGM.
  • Mengedarkan tugasan yang disediakan kepada pensyarah berkaitan.
  • Mengurus soalan kerja kursus/peperiksaan di peringkat jabatan masing-masing.
  • Membantu Penyelaras dari semasa ke semasa untuk memastikan program PPG berjalan dengan lancar.

G.    TUGAS JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  • Menjalankan kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan dan keberkesanan PPG di IPG masing-masing.
  • Melaporkan hasil kajian di peringkat IPGM.

H.    TUGAS KU LDP

  • Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi menguruskan PPG.
  • Memastikan perancangan, pelaksanaan dan dokumentasi program berjalan seperti yang dirancang oleh penyelaras.
  • Memantau pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru.
  • Menerima dan mengesahkan pelaporan PPG.
  • Mengurus setia mesyuarat jawatankuasa Pelaksanaan PPG di IPG Kampus.