PENGENALAN

  • Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang ditawarkan kepada guru dalam perkhidmatan merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah memartabatkan profesion perguruan seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras 5 bagi memastikan guru-guru mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya peringkat ijazah pertama. Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dilaksanakan di dua puluh tujuh (27) Kampus Institut Pendidikan Guru  melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

MATLAMAT PROGRAM

  • Matlamat PPG ini adalah untuk melahirkan guru-guru siswazah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

FOKUS HASIL PEMBELAJARAN  

  • Fokus hasil pembelajaran program yang hendak dicapai adalah dari segi:
    • Pengetahuan dan Kefahaman
    • Kemahiran Praktikal
    • Kemahiran Sosial dan Tanggungjawab
    • Etika, Profesionalisme dan Kemanusiaan
    • Komunikasi, Kepimpinan dan Kemahiran Berpasukan
    • Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritikal dan Kemahiran Penyelesaian Masalah
    • Pembelajaran Sepanjang Hayat
    • Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan